Selepas Dipuji Cantik Berhijab, Baby Shima Dituduh Jual Agama – “Semua Tak Kena”

Selepas tampil jelita mengenakan tudung di sebuah majlis sambutan Isra’ Mikraj baru-baru ini, penyanyi dangdut Baby Shima meluahkan rasa kesalnya apabila terdapat segelintir pihak mendakwanya sengaja menjual agama.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Shima sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.

Terdahulu, penampilan Shima yang manis dan cantik mengenakan tudung labuh itu dipuji ramai pihak serta mendapat doa yang baik-baik dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam perkongsian tersebut, Shima menyatakan rasa kesalnya apabila tindakannya mengenakan tudung tempoh hari dipertikai oleh sesetengah agamawan biarpun niatnya baik.

Malah, penyanyi itu juga turut berkongsi tangkap layar beberapa pihak yang menghamburkan kata-kata tohmahan sedemikian di media sosialnya.

“Kenapa banyak geng-geng PAS pertikai kan Shima bersopan? Pakcik ni adalah orang kuat PAS, tapi jahat nya mulut.. Haritu bising sebab Shima seksi, sekarang bising sebab Shima pakai sopan.. tak faham lah dengan geng-geng PAS ni.. semua tak kena,” tulisnya.

Selain itu, Shima turut menyatakan dia sedar akan hukum tidak menutup aurat, namun dia amat terkilan apabila usahanya untuk menghormati majlis agama disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Memang lah Shima ni belum bertutup aurat lagi. Tapi shima nak menghormati majlis agama. Memang lah Shima tau tak tutup aurat tu dosa. Tapi sampai hati pakcik PAS ni cakap Shima ikut kesesuaian majlis sebab jual agama.

“Salah ke Shima pakai sopan majlis tu pak cik? Ramai nya pertikaikan kenapa shima tutup aurat pada majlis isra mikraj hmmmmmm.. p/s: boleh ke FB Baby Shima kalau nak berkenalan dengan dia,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu.

Fatin Nurain