Selepas Model, Pelakon…Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi!

Pelakon dan model, Haneesya Hanee bakal tampil dengan sebuah single terbaharu tidak lama lagi.

Akui wanita berusia 19 tahun ini, pada awalnya gementar untuk masuk ke studio rakaman tetapi atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, Hanee berjaya lakukannya.

“Saya terjun ke dunia nyanyian bukan untuk kejar populariti cuma sekadar mencuba nasib. Lagu sudah siap cuma terlalu awal untuk saya berkongsi mengenai lagu ini tetapi saya berkolaborasi bersama sebuah kumpulan pemuzik tanah air.

“Mereka yang banyak memberi kata semangat kepada saya untuk mencuba dalam bidang nyanyian. Sebagai pendatang baharu, saya gementar tunggu respon pendengar,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Miss Pink Lady Asia musim dua, baru-baru ini.

Tambah Hanee, dia juga bakal sibuk dengan program yang membariskan model profesional dari seluruh Asia bermula Januari depan.

“Saya anggap penyertaan dalam program ini sebagai cabaran untuk diri sendiri dalam memperbaiki dalam dunia modelling.

“Saya bermula sebagai model dan besar harapan agar tahun 2020 bakal membawa tuah lebih baik untuk saya.

“Cabaran dalam program ini lebih mencabar, lebih kurang America Next Top Model (ANTM). Ini mungkin platform bagus untuk saya menyerlah apatah lagi bersaing dengan peserta dari negara lain,” akhirinya.

SGMS Faida