Selepas Sabah, Ujibakat Mentor Milenia Kini Di Kuala Lumpur!

Selepas ujibakat yang berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu Sabah pada minggu lalu selesai dengan dihadiri oleh 300 orang peserta dan dihadiri oleh komposer dan pemuzik terkemuka tanah air iaitu, Ajai dan Lok U.

Menurut Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia, peserta yang datang sangat memberangsangkan dan bakat di Sabah sangat luar biasa.

“Alhamdulillah, jumlah peserta yang telah hadir ke sesi uji bakat Mentor Milenia edisi baharu ini amat memberangsangkan. Tidak dinafikan bakat peserta di Sabah memang menakjubkan kerana mereka memang mempunyai suara yang sangat merdu. Dua juri berpengalaman iaitu Ajai dan Lok U telah mengadili kesemua peserta dan mereka sendiri berhadapan saat sukar untuk memilih peserta yang hadir semasa uji bakat tersebut. Akhirnya enam peserta terbaik yang terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki telah dipilih untuk mara ke peringkat sesi uji bakat di Kuala Lumpur” Katanya.

Jadi bagi korang yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan memiliki suara yang merdu, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sesi ujibakat Mentor Milenia Musim ketiga ini pada 24 dan 25 Ogos 2019, dan 7 dan 8 September bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kepada yang berminat, korang bolehlah memuat turun borang pendaftaran di www.xtra.com.my/mentormilenia

Mentor Milenia kali ini masih mengekalkan Akim, Black, Hazama, dan dua muka baharu iaitu Stacy dan Ernie Zakri. Mentor Milenia kali ini juga akan menampilkan pelbagai kelainan termasuk konsep dan format baharu. 

 

Salma Syahbuddin