Hiburan By: SGMS Faida March 4, 2019 @ 12:00pm

Selepas Satu Peluang, Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Baharu!

Selepas kejayaan lagu Satu Peluang, penyanyi meningkat naik, Andi Bernadee memaklumkan bakal tampil dengan album penuh selewatnya pada tahun ini.

Kata penyanyi berusia 28 tahun ini, Andi merancang mengeluarkan lagu demi lagu sebelum memasarkan album. 

“ Insya Allah selewatnya pada Mac ini lagu baharu saya akan dikeluarkan. Rancangannya mahu mengeluarkan album penuh tetapi terpaksa ditanggungkan dulu.

“ Ada baiknya saya tampil dengan single demi single sebelum album penuh. Strategi ini turut digunakan oleh penyanyi lain yang mana tampil dengan lagu hits dahulu,” katanya kepada XTRA.

Sebelum ini, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile pernah muncul dengan single sulung, Tiada Lagi Maaf sebelum tampil dengan Satu Peluang.

Bercerita tentang single terbaharu, pemuda kelahiran Kota Kinabalu ini memberitahu ia bukan lagu kesinabungan ‘Satu Peluang’.

“ Bukan sambungan tetapi ia adalah kisah di sebalik lagu Satu Peluang. Kelainan pada lagu ini, komposer menyelitkan elemen pop moden Melayu dan Inggeris.

“ Saya bersyukur produser untuk single akan datang ini, Alif (bekas anggota Sleeq) banyak membantu agar proses rakaman berjalan baik.

“ Harapan saya agar lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar dan mengulangi kejayaan Satu Peluang,” akhirinya.

Nama Andi mula tular selepas video nyanyiannya menerusi lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan Ziana Zain menerima lebih 830,000 tontonan.

Oleh: SGMS Enal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Dec 2023

Zulin Aziz ‘Backup’ Wanita Tak Reti Siang Ikan – “Kalau Pandai Tapi Malas Pun Tak Guna”

Video tular melibatkan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat tidak pandai menyiang ikan ketika program tersebut bersiaran secara langsung masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Malah, ramai dalam kalangan warganet memberikan pelbagai […]

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

Dah ada yang kedua ke tu? Mesti comel kan 😍

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Featured Tue, 9 May 2023