“Semoga Ini Menjadi Pembedahan Yang Terakhir” – Naz Jalan-Jalan Cari Makan Dedah Derita Saraf Tangan

Personaliti popular televisyen bagi rancangan TV3, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) iaitu Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Naz baru-baru ini mendedahkan beliau telah selamat menjalani pembedahan saraf tunjang.

Perkara itu diberitahu menerusi laman media sosial Instagram miliknya semalam yang menunjukkan foto beliau bersama isteri di sebuah pusat perubatan swasta.

Cedera Saraf Tunjang Punca Gangguan Pada Fungsi Tangan Kanan

Kata Naz, kecederaan saraf tunjang yang dialaminya sebenarnya telah menyebabkan gangguan pada fungsi tangan kanannya selama lebih setahun.

“Tak mahu berlebih-lebih tetapi rasanya rahsia perlu dibongkarkan. Salah satu daripada tulang belakang saya telah menjejaskan saraf tunjang saya dan saya tidak boleh rasa pergerakan tangan kanan saya selama lebih setahun. 

“Ketakutan membuatkan saya sering menangguh, sehinggalah mikrofon yang saya pegang sering terjatuh setiap kali di pentas. Tibalah masanya untuk saya mengatasi rasa takut itu!

“Tolak ke tepi risiko, Alhamdulillah, pembedahan itu berjalan lancar dan sekarang tengah dalam proses pemulihan di rumah bersama keluarga tersayang.

“Masih tak boleh pusing kepala tetapi cuba melakukan aktiviti ringan mengangkat bebadan di rumah. Sekarang saya sudah boleh mengangkat beban 5 kilogram, Perlahan dan sakit, tetapi apa lagi yang boleh dibuat ketika tempoh kuarantin?” tulisnya di Instagram.

 

Naz mengakui pembedahan yang dilakukannnya itu merupakan prosedur kali ke-10, turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan atas doa dan sempat memohon maaf atas kerana tidak dapat memaklumkan kepada semua orang.

Apa-apa pun, sama-sama kita didoakan semoga Naz segera sembuh dan cepat keluar dari hospital ya. Take Care Naz!

Syafiqa Irdina