Letih Rebut Lif, Joy Revfa Pindah Banglo Pula?

Cantik rumah usahawan terkenal Joy Revfa! Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Joy telah memuatnaik sekeping foto rumah baharunya.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Joy memberitahu kini dia boleh bercucuk tanam dan hirup udara segar lebih bersih.

” Alhamdulillah, akhirnya saya dan Arryan berpindah ke sini. Sekarang sibuk pemindahan masuk ke rumah baru. Rumah kami tak la besar macam istana orang lain tapi cukup untuk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.

” Lama kami berdua duduk di kondo yang berlif sebelum ni, letih dah berebut-rebut lif dengan orang lain. Sekarang baru ada kesempatan untuk beli rumah bertanah sendiri. Senang nak bercucuk tanam kat halaman rumah,” tulisnya di Instagram.

Joy atau Siti Arifah Mohd Amin turut mendapat khidmat ibunya dalam bab hiasan rumah dengan tema Fairytale.

” Rumah ini ada tujuh bilik, senang nak letak ‘adik-beradik’ Arryan yang lain nanti (haha jangan kena beranak ramai dah la lepas ni.)

” Al maklum pesakit asma macam saya kena dekat dengan pohon-pohon yang menyegarkan dan udara bersih. Rumah ini juga dekat dengan rumah kak long,” ujarnya.

Joy juga berharap penghijrahan itu bakal memberi kehidupan yang lebih baik buat dirinya.

Nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Mereka sah bercerai pada 25 Oktober 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

SGMS Faida