Hiburan By: Del14 November 30, 2019 @ 2:58pm

Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL 34), Tiga Mentor Bakal Berentap

Minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM 34) telah pun berlangsung semalam di Plaza Alam Sentral, Shah Alam Selangor dan senarai penuh lagu-lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) telah pun diumumkan. 

12 lagu telah terpilih dari 30 lagu yang dipertandingkan semasa peringkat separuh akhir dan ketiga-tiga Mentor dari program Mentor Milenia 2019 berjaya ke peringkat akhir AJL 34, iaitu Ernie Zakri, Hazama dan Akim & The Majistret. Wah, tahniah!

Hazama mempertaruhkan lagu ‘Peneman’ bagi pentas akhir AJL 34

Antara lain, lagu yang memenangi juara mingguan pertama dan kedua SFMM34 iaitu Drama dari Drama Band dan Sumpah dari Naim Daniel, turut tersenarai untuk beraksi di pentas AJL 34 nanti. 

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional iaitu Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz Selamat, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri. 

Lagu Anta Permana nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dibawakan oleh Bob Yusof sewaktu peringkat separuh akhir tempoh hari, juga berjaya ke AJL 34. 

Berikut senarai lagu-lagu yang layak ke pentas akhir AJL 34:

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik

Kesemua 30 yang dipertandingkan dinilai berdasarkan 60% penilaian juri profesional dan 40% lagi menerusi undian peminat. 

 
 
 
View this post on Instagram

Tahniah kepada semua 12 lagu yg layak ke #AJL34 !!! Kita jumpa di #AJL34 okay ?? #sfmm34 #roadtoAJL34

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

 Kredit: Instagram @tv3malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Sep 2023
Featured Sat, 11 Sep 2021

BPR Rayuan, BPR Fasa 3 Dan BKC Disalurkan Berterusan Sehingga Akhir Tahun

Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan secara berterusan sehingga akhir tahun kepada rakyat menerusi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai yang disediakan kerajaan kepada hampir […]

Events Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Jerebu Oh Jerebu…Zed Zaidi ‘Hentam’ Menteri?

Susulan masalah jerebu yang semakin menyesakkan nafas, pelakon Zed Zaidi terpanggil untuk meluah perasaan mengenai isu ini. Bingung dengan situasi sekarang, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ini menyelar pihak Kementerian Pendidikan yang masih belum mengeluarkan […]

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Lambat Sikit Pun Dah Kecoh !!

Datang lambat sikit pun nak kecoh , asyik nampak keburukan orang lain saja!

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

环东艺校《听见你的声音》合辑阵容敲定2019年推出

环东艺校《我是练习生 -迷你演唱会3.0》圆满落幕!16位练习生及PK成功的素人歌手加入《听见你的声音》合辑阵容,预计2019年推出市场。

error: Content is protected !!