Hiburan By: Padin July 30, 2022 @ 10:32am

Seorang Demi Seorang Meninggal Dunia, Hazama ‘Elak’ Nak Nyanyi Lagu ‘Terakhir Buat Teman’

Penyanyi Hazama memilih untuk tidak menyampaikan single duetnya bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Terakhir Buat Teman dalam mana-mana acara persembahan.

Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 37, tidak menyangka seorang demi seorang karyawan yang terbabit dalam proses pembikinan lagu itu meninggal dunia.

Single Terakhir Buat Teman dicipta oleh pengarah muzik, Lok U bersama dengan gitaris Aji dan liriknya pula hasil nukilan Iman Imran.

Lagu tersebut sebenarnya diciptakan untuk ditujukan kepada pemain bass terkenal, Allahyarham Kelly atau nama sebenarnya, Wan Kelly Abdul Rahman yang terlebih dahulu meninggal dunia pada 4 Mei 2019.

Belum sempat lagu tersebut disiapkan, Aji atau nama sebenarnya Fauzi Samin pula meninggal dunia kira-kira empat bulan selepas itu iaitu pada 5 September 2019.

Lok U atau nama sebenarnya, Faizal Uzir pula meninggal dunia kira-kira lima bulan selepas itu iaitu pada 22 Januari 2020.

Ingin meneruskan niat baik Lok U dan Aji, lagu yang menampilkan gandingan duet antara Hazama dan Sarah itu berjaya disiapkan dan menemui peminat pada Disember 2020.

Lapan bulan berselang, Sarah kembali ke rahmatullah pada 9 Ogos 2021 dan penulis lirik merangkap wartawan terkenal, Iman Imran atau nama sebenarnya Rudy Imran Shamsuddin meninggal dunia pada 31 Mac lepas.

“Sebenarnya, dah lama sangat saya tak menyanyi lagu itu. Kali terakhir adalah ketika mempromosikan single terbabit bersama arwah Sarah dalam program Malaysia Hari Ini selepas lagu itu dilancarkan.

“Sebagai seorang karyawan yang menyampaikan lagu itu, saya bertanggungjawab ke atas naskhah terbabit. Jika ada permintaan untuk saya menyampaikan lagu tersebut secara solo atau berduet, saya sedia menyampaikannya.

“Kalau hendak menyanyi secara saja-saja, kalua boleh saya akan menolak dengan baik. Malah, jika ada konsert atau persembahan, single itu saya ketepikan daripada senarai lagu.

“Nak dijadikan cerita, sebenarnya, saya dan Sarah pernah meminta arwah Rudy Imran untuk mengubah judul asal dan beberapa perkataan.

“Semasa mendapat naskhah ini, saya menelitinya bersama Sarah dan kami akui, lagu ini terlalu berat. Ada bahagian lirik di mana saya dan Sarah mohon diubah agar lebih lembut dan berlapik.

“Saya masih ingat, arwah Rudy enggan mengubahnya kerana ini adalah karya yang sudah dia tulis untuk didedikasikan kepada rakan-rakan yang telah pergi.

“Sebagai penyanyi, saya hormati arwah Rudy. Arwah beritahu apa yang tertulis, tidak boleh diubah,” katanya.

Dedah Hazama, tajuk lagu terbabit dapat diubah selepas melalui proses perbincangan.

“Akhirnya kami dapat mengubah tajuk lagu ini. Sebenarnya, judul asalnya adalah Nota Terakhir dan kami ubah kepada Terakhir Buat Teman.

“Sehingga kini, hampir setahun pemergian Sarah, saya masih lagi sedih setiap kali mengenang kembali momen saya bekerjasama dengan dia.

“Banyak situasi yang kami lalui membuatkan saya rasa bersalah. Kami ada kalanya bergurau pelbagai perkara, di mana ketika itu, ia dilihat biasa. Apatah lagi, ketika itu, arwah sedang hamil anak keempat. Tak sangka pula dia pergi dahulu meninggalkan kita semua,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Sat, 22 Feb 2020
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Intan Liana Kini Bergelar Pelakon?

Difahamkan, Intan kini sedang menjalani penggambaran filem pendek ‘Akur’ terbitan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Wow, makin hebat Intan sekarang. You go girl!

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Semua Ada Pendapat Sendiri…” – Cara ‘Hosting’ Lagu Cinta Kita 3 Dikritik, Ain Edruce Tak Kisah

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak mengambil kisah mengenai komen netizen yang mengkritiknya sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3). Menurut Ain, dia tidak mengambil peduli kritikan sebegitu kerana dia akan berbincang dengan pengarah […]

Contest Mon, 1 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi. Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian […]

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

第75届金球奖 《意外》横扫4奖项成大赢家

第75届《金球奖》于马来西亚时间8日早上9时盛大举行!《意外》横扫4奖项成为本届大赢家;影帝由凭着《最黑暗的时刻》精湛演出获得肯定的盖瑞欧德曼,而影后则是由《意外》法兰西斯麦多曼摘下宝座。

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

‘Saya Mahu Jadi Suami Lebih Baik’- Ammar Alfian

Semoga kuat dan harungi semuanya!