#SeoulSaranghae: Genap 2 Tahun Berkenalan, Jang Nara Umum Kahwin!

Pelakon popular Korea Selatan, Jang Nara yang kini berusia 41 tahun akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya apabila mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kekasih hatinya baru-baru ini.

Pengumuman yang dibuat pada 3 Jun lalu menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial media rasmi milik pelakon My Love Pattzi ini mendapat pelbagai respon positif dan ucapan tahniah dalam kalangan rakan artis dan juga peminat beliau.

Menurut Jang Nara, jurang usia enam tahun bukanlah penghalang untuknya melangkah ke fasa seterusnya.

“Selepas dua tahun berkenalan dengan pemuda yang lebih muda, kami mengambil keputusan untuk menjadi teman hidup. 

“Hakikat bahawa saya akan hidup bersama-sama dengan orang yang begitu hebat membuatkan saya sanagat gembira sehingga saya tidak dapat meminta apa-apa lagi. Dan saya ingin jujur berkongsi kegembiraan saya dengan anda semua yang sangat berharga bagi saya,” katanya.

Berkongsi mengenai ciri-ciri kekasih hati, Jang Nara mengakui beliau jatuh cinta dengan senyuman dan sifat baik pemuda berkenaan.

Kongsinya lagi, selepas majlis perkahwinan nanti, beliau akan tampil dengan projek drama terbaharunya berjudul Family bersama pelakon Jang Hyuk.

 

Sumber: Soompi

Salma Syahbuddin