#SeoulSaranghae: Son Ye Jin & Hyun Bin Dedah Gambar Rasmi Perkahwinan

Pasti ramai peminat K-Drama menantikan detik-detik bahagia pasangan pelakon popular, Son Ye Jin dan Hyun Bin bukan?

Menurut agensi pasangan pelakon ini, VAST Entertainment dan MS Team, majlis perkahwinan yang disifatkan ‘wedding of the year’ itu akan diadakan secara tertutup bagi mengelakkan penularan Covid-19.

“Pelakon, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengadakan majlis perkahwinan hari ini, mengambil kira langkah pertama mereka sebagai pasangan suami isteri, majlis ini akan diadakan secara tertutup  dengan menitikberatkan keselamatan akibat Covid-19,” katanya.

Justeru itu, kedua-dua agensi pasangan popular,  Son Ye Jin dan Hyun Bin ingin berkongsi momen manis  bersama peminat menerusi gambar perkahwinan mereka.

축하합니다! 

Untuk rekod, pasangan ini pernah membintangi filem bersama berjudul The Negotiation pada tahun 2018, dan siri drama popular Netflix, Crash Landing On You.

Ye Jin dan Hyun Bin kemudian mengesahkan hubungan mereka pada Januari 2021 dan mengumumkan perkahwinan mereka pada Februari 2022.

 

 

Sumber: Soompi

Salma Syahbuddin