#SeoulSaranghae: Tak Sangka! Rupa-Rupanya G-Dragon & Lee Soo Hyuk ‘Bestfriend’ Walaupun…

Siapa sangka ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan pelakon siri drama Tomorrow, Lee Soo Hyuk merupakan teman rapat sejak dahulu lagi.

Walaupun ramai peminat kedua-dua selebriti popular ini terkejut, namun mereka begitu teruja melihat hubungan kedua-duanya masih akrab walaupun masing-masing kini sibuk dengan jadual yang sangat ketat.

Baik G- Dragon mahupun Lee Soo Hyuk, kedua-dua selebriti ini sempat berkongsi hantaran yang sama menerusi muat naik di Instagram Story milik mereka ketika menghabiskan hujung minggu bersama-sama baru-baru ini.

Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat kedua- dua bintang popular ini mengakui bahawa artis kesayangan mereka ini masih ‘comel’ dan tidak dimamah usia.

Untuk makluman, selain G-Dragon, Lee Soo Hyuk juga difahamkan merupakan teman rapat kepada TOP sebelum kumpulan BIGBANG itu keluar dengan album debut mereka.

Malah, Lee Soo Hyuk dan G-Dragon juga merupakan rakan label yang sama iaitu, YG Entertainment.

 

Sumber/Kredit Foto: Allkpop

Salma Syahbuddin