“Gigi Tak Cantik Takpe, Janji Jangan Hati Yang Tak Cantik…” – Ramai Puji Aaron Aziz ‘Maintain’ Kacak Walau Gigi Rongak

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz memaklumkan giginya kini patah dan rongak akibat insiden yang berlaku ketika sesi penggambaran yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Stuntman tak sengaja… so, tiada siapa nak disalahkan. Saja je nak share dekat korang muka buruk saya bogeh. Tapi yang penting masih stylo kalau ada…” tulisnya.

Aaron Aziz atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 46, berkongsi keadaan giginya yang patah akibat kejadian membabitkan seorang pelakon lagak ngeri.

“Nak jadi pelakon tak? Nak jadi pelakon kena bersedia jika gigi patah,” katanya.

 

Tidak mahu menyalahkan sesiapa terhadap apa yang terjadi, Aaron bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai perkara normal dalam dunia lakonan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menganggap pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu ini masih ‘maintain’ kacak walaupun giginya kini rongak.

Bagaimanapun, Aaron menerusi hantaran lain sempat berkongsi keadaan terkininya apabila beliau selesai mendapatkan rawatan untuk giginya itu.

 

Salma Syahbuddin