Categories: HiburanTipsTrending

“Sepatutnya Ini Adalah Sesi Pemeriksaan Terakhir…” – Anzalna Nasir Sambut Kelahiran Anak Kedua

Pelakon cantik Anzalna Nasir atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 34, selamat melahirkan anak kedua semalam.

Belum mendedahkan jantina anak, berita itu dikongsikan oleh suami Anzalna, Hanif Zaki menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Alhamdulillah syukur, Barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last check up.

“However, Allah works in a mysterious way. #Hanzalna,” tulis Hanif yang turut berkongsi foto mereka bertiga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Menangis Mommy Tengok Ayah…” – Sambut Kelahiran Baby Girl, Elfira Loy Selamat Bersalin Anak Kedua

Selain Anzalna, aktres Elfira Loy turut menyambut kehadiran anak kedua semalam.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan menyambut kelahiran anak sulung, Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Padin