Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 10, 2023 @ 5:43pm

Serik Pernah Dikhianati, Azwan Ali ‘Jemput’ Ahli Keluarga Sudah Meninggal Dunia Ke Rumah Terbuka – “Walaupun Jasad Mereka Tiada, Namun…”

Pelakon dan pengacara, Azwan Ali tampil mengulas tentang sebuah video majlis rumah terbuka yang diadakan untuk ahi keluarganya yang sudah meninggal dunia.

Memetik laporan Utusan, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA, dia tetap menghidangkan juadah raya resepi turun temurun ibunya, Allahyarham Che Tom meskipun tiada tetamu lain dijemput.

“Saya masih waras. Nak kata saya sewel sekali pun sebab buat rumah terbuka untuk orang yang telah meninggal, katalah. Ini rumah saya.

“Realitinya saya buat rumah terbuka semalam dengan menjemput arwah ibu, Allahyarham Che Tom dan arwah bapa, Allahyarham Ali Omar. Saya juga menjemput arwah nenek dan datuk.

“Walaupun jasad mereka tiada, namun saya seperti dapat rasa mereka ada bersama. Terpulanglah warganet nak kata itu kiasan atau apa, perspektif masing-masing.

“Yang penting saya dapat meraikan lebaran ‘bersama’ mereka,” katanya yang bangun seawal tiga pagi untuk menyiapkan juadah kepada ‘tetamu’ jemputannya.

Sementara itu, dia menceritakan pengalaman pernah dikhianati segelintir individu membuatkan dirinya tawar hati untuk mengadakan rumah terbuka sejak 10 tahun lalu.

“Kalau dahulu setiap tahun saya memang wajib buat rumah terbuka dan jemput rakan-rakan artis, kenalan industri dan para wartawan.

“Tapi disebabkan segelintir individu yang cakap buruk belakang saya, lebih-lebih lagi segelintir individu itu adalah artis yang pernah saya kutip bekerja dalam produksi saya, jadi saya sudah tawar hati.

“Tahun ini saya buat sebab teringat dekat mereka yang sudah meninggal. Ia juga sebenarnya menempelak mereka yang tidak dijemput,” jelasnya.

Untuk rekod, Azwan Ali kehilangan ibu tersayang, Che Tom pada 2017 dan bapanya, Ali Omar yang telah meninggal dunia lebih daripada 23 tahun yang lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kurang Selesa Kongsi Soal Peribadi, Intan Ladyana Kunci Mulut

Kalau dah sampai hari bahagia, jangan lupa jemput kami yer!

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

5566《SINCE 5566》大马站巡演开票日将会额外惊喜!

亚洲天团5566《SINCE 5566》巡回演唱会-大马站9月7日开票将公布额外惊喜!

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Bahagia! Hasrat Abby Abadi Akhirnya Tercapai

Hasrat Abby Abadi untuk mengambil anak angkat bayi lelaki dimakbulkan dengan sekelip sahaja. Syukur ke hadrat ilahi.

Trending Thu, 17 May 2018

81岁老翁「60年来捐血1172次」救回240万新生儿

来自澳洲雪梨的81岁老翁哈里森(James Harrison)在14岁时生了重病,动完手术后,血液一夕之间获得了罕见抗体,可以制作预防新生儿溶血症(HDN)的药剂,用来拯救尚未出生的宝宝。

Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Shiha Kecil Hati PIPIYAMA Dikritik Pendengar Malaysia?

Hurm…bila agaknya netizen dekat Malaysia ni nak berhenti buli siber eh? Tak penat ke korang…

Hiburan Wed, 22 Oct 2025
error: Content is protected !!