Featured By: Atiqah Johari June 10, 2022 @ 9:17pm

Sering Terima Watak Antagonis, Adam Corrie Akui Bosan – “Asal Jahat Saja Saya”

Pelakon Adam Corrie, 54 sering dilihat membawa watak-watak yang ganas dan jahat dalam filem mahupun drama.

Popular dengan watak sebegitu, Adam akui bosan kerana acapkali mendapat tawaran berlakon watak-watak jahat dan dia ingin berubah angin untuk menunjukkan bakatnya dengan watak yang tidak pernah dilakonkan lagi.

“Asal jahat saja saya. Saya sebenarnya bosan. Kadang-kadang persepsi orang tengok saya ini memang jahatlah. Tolonglah bagi saya watak baik pula,” katanya.

Memetik daripada laporan Harian Metro, Adam sangat berharap dia dapat mengubah imej ganas dalam dirinya kerana kerap diberikan watak seperti itu sepanjang karier lakonannya.

Dia turut memaklumkan bahawa ada menerima dua tawaran berlakon namun kedua-dua watak tersebut memerlukannya untuk menjadi jahat juga.

“Baru-baru ini dapat tawaran watak jahat juga. Ia watak anggota pasukan beruniform, tapi jahat. Ada satu lagi tawaran berlakon filem. Pun watak jahat juga,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dia inginkan watak baik seperti ustaz atau watak yang tidak pernah dibawanya supaya dapat menonjolkan kemampuannya dalam dunia lakonan. Jelasnya, dia bukanlah seorang yang terlalu memilih atau ‘demand’ watak tertentu tapi hanya inginkan kelainan.

“Biar orang nampak saya dengan watak berbeza. Saya pun banyak buat forum di masjid, surau dan universiti. Saya nak sangat bawa watak sebegitu untuk tunjukkan kepada orang ramai bahawa saya mampu lakukannya.

“Saya bukanlah terlalu memilih watak tertentu, asalkan saya boleh bawakan watak itu dengan baik dan orang terima, insya-Allah,” luahnya ketika ditemui di sidang media.

Walaubagaimanapun, hasratnya itu tercapai apabila akan muncul dalam sebuah supertelefilem dengan memegang watak sebagai Ustaz Daniel dalam Bangkitkan Aku Kembali.

Oleh itu, watak sebagai Ustaz Daniel merupakan penampilan pertama dia memegang watak baik yang akan dilakonkan tidak lama lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 Feb 2020

“Dah Memang LGBT Haram, Haram Tetap Haram”- Netizen Pertikai Lagu Akhir Zaman Bunkface

Tidak kurang daripada 24 jam lagu terbaru daripada kumpulan Indie, Bunkface iaitu Akhir Zaman dikeluarkan, single tersebut kini trending dan hangat diperkatakan di laman sosial. Lagu yang berjudul Akhir Zaman itu kini menjadi topik bualan […]

Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Featured Fri, 10 Jun 2022

[VIDEO] “Seluar Adik Siapa Rembat Tu?” – Kongsi Video Karaoke Tapi Outfit Hawa Rizwana Curi Tumpuan & Dikritik Netizen

Hawa terima teguran dan memohon maaf jika video tersebut menyinggung mana-mana pihak

Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran. Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia menerima pekhabaran terbabit ketika membuat pemeriksaan kehamilan semalam. “Sebenarnya saya baru tahu […]

Featured Mon, 1 Aug 2022

Luah Rasa Syukur Walau Diuji, Syifa Melvin Imbau Kenangan Di Tanah Suci – “Umrah Kali Ini Lain Macam Sikit”

MasyaAllah, nikmat yang tak terhingga bila doa yang kita hajati dimakbulkan serta merta 😇

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Ini Petanda Apa Ya Allah…” – Masjid Raya Jakarta Islamic Center Terbakar

Baru-baru ini tular dimedia sosial apabila insiden membabitkan kemusnahan sebuah masjid di Jakarta Utara, Indonesia sekitar jam 3.10 petang waktu Malaysia mengejutkan ramai pihak. Sebanyak 6 lori bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan […]