Servis Ucapan Hari Jadi Mawar Rashid Laku Keras, RM1000 Dalam Masa 5 Hari

Idea asal bermula apabila pelakon, pengacara dan penyanyi Janna Nick menawarkan servis ucapan hari jadi berbayar dengan harga RM50. Servis itu nampaknya diikuti oleh pelakon, Mawar Rashid yang nampaknya menawarkan servis yang sama namun menawarkan harga lebih rendah iaitu serendah RM20 sahaja. Dan, siapa sangka dalam masa 5 hari Mawar Rashid sudah mampu meraih bayaran RM1000 untuk servis tersebut.

Sumber : Instagram @mawarrashid

Walaupun dikecam kerana mengenakan caj untuk servis ucapan hari jadi buat peminat, namun bagi Mawar itu adalah salah satu punca mencari rezeki sampingan dan perkhidmatan itu adalah salah satu cara untuk menghargai peminatnya.

“Pada saya idea servis ucapan ini sangat kreatif dan saya sendiri menyokong idea janna itu. Bagaimanapun, disebabkan jumlah pengikut saya tidaklah begitu ramai, jadi saya tawarkan harga yang lebih rendah. Satu hari saya hanya hadkan kepada 10 servis ucapan sahaja. Alhamdulillah sehingga kini sambutan sangat menggalakkan apabila sudah mengutip lebih dari RM1000.” Katanya

Salma Syahbuddin