Categories: Hiburan

#SFMM38: Aina Abdul Bolot Hadiah Hari Pertama! Jangan Mati Rasa Itu Dipilih Sebagai Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja

Lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul dipilih sebagai lagu terbaik hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1 Glenmarie, Shah Alam, sebentar tadi.

Berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa, Aina menang menentang 10 lagu lain yang turut bersaing.

Jangan Mati Rasa Itu turut diumumkan sebagai Lagu Pilihan Alha Alfa sekali gus berjaya membawa pulang RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

Bagaimanapun, Jangan Mati Rasa Itu tidak semestinya layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) tahun hadapan.

Selain Jangan Mati Rasa Itu, 10 lagu yang bertanding hari ini adalah Inilah Jalannya nyanyian Masdo dan lagu serta ciptaan Noh Salleh; Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain / Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat / Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat); Kucuma (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah / A Ramlee dan Ezra Kong / A Ramlee dan Ezra Kong); Kaulah Syurga (Khai Bahar dan Lia Aziz / Asfan Shah / Siti Rosmizah) dan Tusuk (Shiha Zikir / Iqie Hugh dan Omar Kay / Iqie Hugh dan Omar Kay).

Turut bertanding adalah Hasrat nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari; Ilusi (Marsha Milan feat Hazama / Iqie Hugh, Shazreq Azeman dan Omar K / Iqie Hugh, Shazreq Azeman dan Omar K); Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul / Aina Abdul / Aina Abdul); Bahagia Milik Kita (Syamel / Syamel dan Ahmad Jeffny / Syamel); Oh Wanita (Khai Bahar / Harry Khalifah / Harry Khalifah) dan Racun (Elica Paujin feat Dem Lepak Boyz / Iqie Hugh dan Aniq Iffat / Iqie Hugh dan Aniq Iffat).

SFMM38 berlangsung selama tiga hari iaitu 15, 16 dan 17 Disember 2023 dan bersiaran di TV3 dan boleh distrim secara HD di Tonton.

Di hari ketiga SFMM38, 12 lagu terbaik bakal diumumkan untuk bersaing di AJL38 bakal berlangsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, tahun depan.

Semu lagu yang bertanding di SFMM38 itu diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer, LY dan Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak selaku ketua juri.

Hari pertama SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan Noraniza Idris yang menyampaikan lagu Dikir Puteri, Ngajat Tampi dan Hatinya Tak Tahan. 

Padin