Shaheizy Sam Ditegur Sebab Boroi

Baru-baru ini Shaheizy Sam telah ditegur oleh pihak produksi Polis Evo 3 yang bakal menjalani penggambarannya pertengahan Oktober ini, apabila gambarnya yang sedang bersedia untuk terjun di kolam renang telah diconteng di bahagian perutnya yang boroi dengan perkataan “Got To Go” ! Beliau kemudian telah berseloroh dengan berkongsi mesej tersebut dengan meletakkan kapsyen  “Adoi!! Orang kuat Polis Evo dah tegur la!!! Ada POLIS EVO 3 ke ni?”.

Sememangnya para peminat pelakon ini amat terkejut dengan berat badan Sam yang naik secara mendadak sejak beberapa bulan lepas kerana menurutnya dia tidak mengawal permakanan dan hanya makan mengikut nafsu. 

 

Gambar dari instagram @shaheizy_sam

 

Semasa penggambaran Polis Evo 2, Sam telah berkongsi gambar rutin senaman hariannya dan tips tentang permakanannya yang tinggi dengan protein dan rendah karbohidrat dan beliau berjaya mendapat susuk badan berketak-ketak yang ideal untuk wataknya sebagai Inspektor Khai di dalam sekuel ke-2 Polis Evo. 

 

Susuk tubuh Sam semasa penggambaran Polis Evo 2

Senaman yang konsisten dan diet yang tinggi protein pilihan Sam untuk mendapatkan badan sasa

Justeru itu, Sam akan kembali ke gimnasium dan akan terus berusaha mengurangkan berat badannya bagi merealisasikan wataknya di samping Zizan Razak sebagai Inspektor Sani. Sam yang amat komited dan berdedikasi dalam menjayakan watak yang diberikan, yakin yang dia mampu melakukannya sebelum penggambaran bermula.  “Watak itu memang memerlukan saya mempunyai susuk tubuh sasa. Apabila berlakon, saya lebih mementingkan jalan cerita dan pengisian sesebuah produksi,”katanya lagi.

Baru-baru ini, Sam telah menyertai satu cabaran selama 20 hari bersama-sama dengan 33 orang peminatnya dan dia telah berjaya mendapatkan kembali berat badan 70kg dari 80kg sebelum ini.

 

Syatilla yang suka menyakat Sam di dalam kapsyen instagramnya

Jangan sedih sangat Sam oiii, boroi sekalipun, bini hang masih sayang… – gambar dari instagram @samtilla

Apa pun suka tengok Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin yang sering bergurau kasar tentang perutnya yang boroi sebelum ini dan Sam langsung tak amik hati dengan gurauan-gurauan tersebut. Gemuk ke, kurus ke, yang penting sokongan dari yang tersayang, kan? Sebelum ini, Sam juga pernah menurunkan berat badan sebanyak 8kg sehingga mukanya cengkung untuk watak Naufal di dalam filem Pinjamkan Hatiku sehingga ramai yang risau kerana menyangkakan pelakon itu sedang sakit.

Del14