Amyra Rosli Sekeluarga, Sharifah Rose & Ezzanie Jasny Dipilih Jadi Duta Kempen Rantaian Kasih

Pelakon Amyra Rosli dan keluarga, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny sebagai duta Kempen Rantaian Kasih jenama barang kemas, Habib tahun ini.

Bertemakan Anyaman, jenama itu sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen ini.

Mereka sangat menitikberatkan aura dan karisma sewaktu pemilihan wajah kempen, dan memastikan mereka dapat menggayakan barangan kemas dengan baik.

Bukan itu sahaja, ke semua duta merupakan individu yang mempunyai semangat yang tinggi serta personaliti yang baik dan disenangi ramai.

Menurut Datuk Sri Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan, kempen ini juga bertujuan untuk memelihara warisan berzaman serta memupuk orang ramai menghargai seni masyarakat Melayu.

“Dalam pada kita meraikan hari lebaran, kami memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu.

“Justeru, kami membawa tema anyaman untuk kempen raya kali ini bagi menghidupkan kembali seni warisan dan memastikan ia tidak tenggelam ditelan zaman.

“Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ianya sangat sinonim dengan Kempen Raya kami, yang dikenali sebagai Rantaian Kasih,” katanya.

Dalam pada itu, Amyra dan Amar sempat meluahkan rasa bersyukur dan berbesar hati kerana mereka sekeluarga dipilih untuk menjadi duta Kempen Rantaian Kasih pada tahun ini.

“Alhamdulillah, kami dipilih jadi wajah untuk jenama ini. Memang saya nantikannya sangat sebab saya pencinta barang kemas. Apa yang saya boleh katakan memang rezeki anak-anaklah.

“Saya bersyukur sangat jenama ini beri kepercayaan kepada kami sekeluarga dan ingin bekerjasama dengan kami.

“Sebelum ni saya  yang berpeluh sebenarnya sebab dia pencipta barang kemas. Alhamdulillah, ini rezeki kami sekeluarga memandangkan jenama ini bukan jenama yang biasa-biasa,” jelas Amyra.

Kempen ini akan berlangsung di semua bilik pameran seluruh negara bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024.

Fatin Nurain