Sharifah Sakinah Buat Hal Lagi?

Rilek…rilek…kali ni Sharifah Sakinah cuma meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya bila pihak penganjur KLFW macam tak peka dengan waktu solat Jumaat apabila tidak ada ‘break’ untuk kaum lelaki beragama Islam yang terlibat secara langsung atau tidak dengan acara berprestij itu untuk solat Jumaat.

 

Luahan hati Sharifah Sakinah di laman instagramnya

Pelakon itu di acara KLFW 2019 bertempat di Pavillion baru-baru ini

 

Kadang-kadang kekangan masa itu membuatkan pihak penganjur tak ada jalan lain untuk meletakkan barisan pertunjukan fesyen mereka pada waktu-waktu yang tertentu yang semestinya mengganggu waktu solat terutama sekali waktu solat Jumaat dan solat maghrib yang amat singkat.

 

Kudos pada Sharifah Sakinah kerana amat peka dengan isu ini. Mungkin pada tahun akan datang pihak KLFW boleh mengambil kira komen yang membina ini memandangkan kebanyakan hadirin yang hadir beragama Islam. Tapi tepuk dada tanya lah iman. Yang penting mesti didulukan..tak gitu?

Del14