Hiburan By: Fatin Nurain July 5, 2023 @ 3:34pm

Shatirah Amanda Pilih Hip-Hop Berbanding Balada ‘Kampung’

Pernah tampil dengan tiga single solo sebelum ini, penyanyi Shatirah Amanda mengakui kurang selesa dengan genre yang dibawa menerusi lagu-lagunya yang terdahulu.

Terdahulu, Amanda yang pernah menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja itu telah tampil dengan lagu Gula-Gula sebagai single pertamanya, diikuti dengan lagu Bayangmu Di Hati Ku dan Bicara.

Menurut Amanda, jiwanya tidak sebati dengan rentak balada biarpun ramai komposer yang boleh melihat kemampuannya membawakan genre tersebut.

“Sebenarnya saya tidak selesa dengan ketiga-tiga single saya sebelum ini sebab itu bukan genre saya. Ramai juga komposer yang rasa saya boleh bawa genre balada tetapi hati saya tidak ke arah itu.

“Kalau tiada hati dan jiwa, bagaimana mahu teruskan membawa lagu tersebut,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Amanda ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaharunya, Langit Bukan Limit, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Putus Asa Perjuangkan Karier Sebagai Penyanyi, Shatirah Amanda Tampil Dengan Lagu Langit Bukan Limit

Kini, Amanda tampil mempertaruhkan lagu yang berjudul Langit Tanpa Limit menerusi genre hip-hop hasil karyanya sendiri bersama komposer, Mas Dewangga.

Tambah Amanda, pemilihan tajuk single terbaharunya itu juga sukar untuk dibuat kerana mencari nama yang sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut.

“Susah sebenarnya untuk memilih tajuk dan saya melihat kepada perkara yang lebih ‘catchy’. Sejujurnya Langit Bukan Limit dipilih kerana bait tersebut ada dalam korus tetapi dalam masa sama saya mahu sampaikan sesuatu.

“Kepada semua orang, tidak kira wanita atau lelaki, jangan sempitkan minda. Kalau boleh, pemikiran terus sampai ke langit,” jelasnya.

Yakin genre ini mampu mencuri tempat di hati peminat, Amanda positif menyatakan lagu ini mempunyai kelainan berbanding lagu-lagu yang sedia ada dalam industri muzik tanah air.

“Mengenai sejauh mana dan persediaan untuk mempertahankan genre ini, saya yakin 100 peratus kerana Malaysia sekarang lebih baik dan mudah untuk menerima perkara baharu.

“Lagipun sekarang orang sudah jarang dengar lagu yang bergenre balada ‘kampung’ sebab sekarang lebih kepada hip-hop.

“Sekarang kebanyakan orang nak melihat semua perkara baharu dan saya akan tetap dengan pendirian mempertahankan genre ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 23 Oct 2022
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

Trending Wed, 15 Aug 2018

Lelaki Berlagak Pondan Bakal Kena Denda RM 1000

Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985.

Trending Mon, 23 Mar 2020
Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

Featured Mon, 3 May 2021

Pemohon Vaksin AstraZaneca Bakal Dapat Kemaskini Janji Temu Hari Ini

Pemohon vaksin AstraZeneca yang telah mendaftar bakal mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera hari ini berhubung kemas kini janji temu bagi tarikh pemberian vaksin masing-masing. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin,kemas kini tersebut […]