Hiburan By: Salma Syahbuddin May 30, 2022 @ 4:12pm

Sheera Iskandar Selamat Melahirkan Bayi Perempuan! – “Saya Rasa Bahagia Kini Sudah Bergelar Ibu…”

Pelakon Sheera Iskandar, berkongsi rasa bahagia bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Mei lalu.

Menurut Sheera, puterinya yang dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.72 kilogram (kg) ini berada dalam keadaan sihat.

Sheera turut menyatakan kini dirinya bahagia setelah bergelar seorang ibu.

“Saya rasa bahagia kini sudah bergelar Ibu,” kata Sheera.

Selain itu, pelakon itu sempat berkongsi pengalaman dan perjalanannya sebelum melahirkan.

“Saya dinasihatkan untuk bersalin awal kerana air ketuban dah kurang. Saya masuk hospital pada 19 Mei tapi bayi tak nak keluar-keluar sampai Ahad.

“Doktor akhirnya ambil keputusan untuk buat pembedahan. Alhamdulillah…tak ada komplikasi cuma lepas bersalin saya ada darah beku.

“Doktor juga sarankan saya untuk duduk hospital lagi, tapi saya minta balik kerana lama sangat dekat situ. Nanti kena pergi hospital lagi untuk ‘check up’,” katanya.

Kini pelakon itu menjalani proses berpantang di rumah sendiri setelah dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lalu.

“Suami menjaga saya, masak makanan pantang dan lain lain urusan buat sementara waktu. Hari ini barulah ‘confinement lady’ akan datang bantu untuk jaga saya,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Sheera Tengku Iskandar, 37, memaklumkan yang dia dan suami masih belum bersedia untuk berkongsi wajah dan nama puteri mereka kepada peminat.

“Alhamdulillah…setakat ini anak kami pun tak banyak ragam. Kami belum sedia berkongsi gambar dan namanya lagi dengan peminat.

“Sebenarnya kami dah ada Instagram anak tapi diprivasikan, hanya sekadar untuk kenangan.

“Sekarang kan orang dah tak pakai album. Video pun boleh simpan kat situ,” katanya.

Sheera dan Mohd Halim Abdul Gani mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Dec 2020
Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

Featured Fri, 24 Apr 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang mulai 27 April ini

KPT akan perincikan proses susulan

Featured Wed, 5 Jul 2023
Events Fri, 18 Oct 2019

“All the best” untuk Farzana ~ Neelofa

Jatuh-bangun kehidupan selepas Dewi Remaja.

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
error: Content is protected !!