Sheila Rusly Jual Dim Sum Pula?

Bukan sahaja hos, pelakon dan pengarah yang disegani, Sheila Rusly juga dikenali sebagai seorang yang suka dan pandai memasak.  Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang masakan, Sheila pernah mengeluarkan buku masakan berjudul ‘Sentuhan Rasa Sheila Rusly’.

Baca: Sheila Rusly Bukan Terer Drama Je…Tapi…

Kini, pengarah drama rantaian ‘Cindai’ ini membuka sebuah restoran dim sum pula yang dinamakan The Dim Sum Place berlokasi di Desa Pandan penghujung bulan Oktober lalu. 

Menurut laporan BH Online, Sheila berkata dia terpanggil untuk mengusahakan restoran francais dari Singapura itu apabila menyedari tidak banyak kedai dim sum halal diusahakan di Malaysia.

“Jika restoran terbabit mendapat sambutan dalam kalangan peminat dim sum, kami tidak teragak-agak untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, mulai tahun depan.

“Ramai orang Melayu yang mula menggemari makanan berkenaan, tetapi untuk mendapatkan produk betul-betul sedap dan halal memang sukar. 

“Jadi, dengan adanya restoran disahkan halal, orang Islam lebih teruja untuk menikmati dim sum yang sedap tanpa ragu-ragu lagi,” katanya kepada BH Online. 

Rakan-rakan artis turut memberi sokongan terhadap perniagaan terbaru Sheila ini seperti Alif Satar dan isteri, Sherry Alhadad, Kem Saleh, Catriona Ross dan Ayda Jebat.  Masing-masing memuji kesedapan dim sum yang disediakan di samping harganya yang amat berpatutan. 

Jangan lupa menonton drama rantaian ‘Cindai’ yang akan bersiaran melalui slot Samarinda di TV3 bulan ini, lakonan Ayda Jebat, Catriona Ross dan Nazim Othman. 

Sumber Foto: Instagram @sheilarusly_jspictures, @thedimsumplacekl

 

Del14