Categories: HiburanSelebriti

Shila Amzah Hamil Anak Pertama

Penyanyi Shila Amzah mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama.

Menerusi Instagramnya, penyanyi meningkat naik di China ini mengucapkan rasa syukur atas pemberian paling bernilai buatnya dan suami.

“ Alhamdulillah. Saya sudah hamil. Maaf kerana tidak aktif di di sosial media sejak beberapa bulan lalu kerana saya menghabiskan masa muntah dah berehat. Dalam masa sama saya juga tidak boleh makan banyak.

“ Alhamdulillah keadaan saya bertambah baik sekarang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shila dan suaminya Haris Elias berterima kasih kepada ucapan doa oleh pengikutnya yang dikirimkan menerusi ruangan komen.

“ Saya dan suami menghargai atas ucapan doa kalian. Alhamdulillah,” katanya.

hila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.

SGMS Faida