Categories: HiburanSelebriti

‘Billy Tunjuk Perkembangan Positif’- Lana Nodin Ucap Terima Kasih

Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa syukur selepas anak keduanya, William Daud atau Billy  yang menjalani pembedahan jantung pada Khamis lalu kini dilaporkan semakin stabil.

Menerusi laman sosial Lana, dia memaklumkan Billy masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara bagi proses pemantauan sebelum pulih sepenuhnya.

“ Alhamdulillah, selepas seminggu berperang dengan perasaan, anak saya baby Billy menunjukkan perkembangan positif cuma masih perlu pemantauan rapi dan berada di ICU.

“  Sayu sebenarnya melihat si kecil bergelut dengan ujian seumpama ini. Billy sangat kuat, moga dia terus kuat,” luahnya.

Isteri kepada Daud Mckienzie ini turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan peminat yang tidak berhenti sejak mula Billy dimasukkan ke hospital.

“ Saya amat terharu dengan doa dan sokongan yang dipanjangkan. Hanya kata keramat terima kasih yang saya dapat saya layangkan buat semua.

“ Hanya Tuhan yang dapat balas jasa anda semua. Terima kasih ALLAH SWT dan terima kasih semua yang doakan anak saya,” katanya.

Billy merupakan anak kedua pasangan suami isteri David atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie dan Lana Nordin yang berkahwin pada 15 Mei 2015.

Pasangan ini memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Gia Quinn McKienzie yang kini berusia dua tahun.

SGMS Faida