Siapa Agaknya Si Fatimah Gila Ni?

Sebelum tu, Xtra nak tanya, siapa agaknya peminat tegar drama bersiri Pujaan Hati Kanda yang kini meletup-meletup yang masih tidak tahu kewujudan Fatty atau Fati ataupun Fatimah? Kalau korang masih tak tahu Fatimah tu siapa, maknanya korang belum boleh diiktiraf sebagai peminat tegar PHK lagi ye!

Pemilik nama sebenar Azar Azmi atau dikenali sebagai Fatimah dalam drama PHK semakin mendapat perhatian penonton dan netizen apabila wataknya itu dikatakan menjadi. Pelbagai pujian diberikan buat pelakon ini kerana lakonannya sememangnya memberikan impak di hati penonton.

Kalau tak percaya, korang tengok sajalah antara babak favourite penonton ni. Bukan main lagi Fatimah bab-bab gaduh ni kan?

Selain PHK, Azra juga terlibat dalam beberapa siri drama yang disiarkan dalam slot Akasia sebelum ini seperti, Cinta Fatamorgana, Mr Boss, Miss Stalker, Tiada Arah Jodoh Kita, Terbaik Dariku dan banyak lagi. Dan, dengar cerita Azar bakal muncul dalam drama bersiri popular, Nur 2 tau! Haa, agaknya watak macam mana pula lah yang si Fati ni akan bawa kan?
Wah, bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, Azar juga sebenarnya bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010. Patutlah cantik je walaupun tak pakai makeup kan? Ketika itu Azar turut bersaing bersama Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zam Zam.
Jadi, kepada semua penonton mahupun netizen yang suka kecam tu, jangan lupa untuk terus menyaksikan episod seterusnya drama Pujaan Hati Kanda, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, di TV3!
Nah, antara babak mencuit hati yang dilakonkan Fati dalam PHK baru-baru ni.
Salma Syahbuddin