Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2022 @ 3:12pm

“Siapa Dah Dajalkan Aku Ni… Aku Nak Buang S*al!”- DSV Arah Tebang Pokok Pisang Pukul 3 Pagi, Percaya Kedai Cik B Disihir

Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) tampil meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila kedai anaknya, Cik B dipercayai telah disihir.

Menurut Vida, kedai B Boba Lova yang menjual makanan dan minuman itu disihir memandangkan ada pelanggan yang mengadu kedai tersebut sentiasa tertutup malah ada yang tidak menjumpai langsung kedai milik Cik B itu meskipun kedai tersebut dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam.

“Kedai Cik B yang popular ni orang datang kat Jelapang tapi orang cakap sihir tapi saya tak percaya.

“You bayangkan lah orang kata kedai saya ni tutup dan ada yang tak nampak,” katanya.

Tambahnya lagi, sihir tersebut dipercayai diletakkan disebatang pokok pisang yang terdapat disekitar kedai makan tersebut.

“Ini tebang pokok pisang ni sebab nak buang sial… siapa dah dajal kan aku ni aku nak buang sial!

“Aku tebang pokok pisang ni! Aku cantas pokok pisang ni..Orang kata kena sihir tapi saya tak percaya.

“.Ada pokok pisang yang digantung dengan pocong jadi saya tunggu sampai pukul 2 -3 pagi untuk potong pokok pisang ni,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

 

Sementara itu, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, mengakui insiden ini sekaligus mengganggu punca pendapatan akibat tiada lagi sambutan dari pelanggan.

“Saya mula-mula berpuluh kali fikir nak share story ni, tapi ini bukan perkara main-main.

“Sedih nak hadapi dah berbulan pelanggan tak datang, kata tutup lah.. tak nampak lah, tak jumpa,” tulisnya.

Vida juga memaklumkan dia mengenali individu yang menghantar sihir tersebut namun atas dasar mahu menjaga aib, Vida enggan memberitahu siapakah ‘dalang utama’ dalam insiden ini.

“Inilah orang kata Melayu kalau berniaga selalu dengki. Tapi ini bukan masalah dengki tau sebab dia nak tengok saya jatuh. Orang ni saya taknak cakaplah walaupun saya tahu dia siapa… Saya tak nak aibkan.

“Ini bukan content, kedai saya jadi sendu orang tak nampak bukan sebab orang tu tak nak datang… tapi orang tak tahu kat mana,” katanya.

 

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 22 Jun 2019

世界最孤独房屋!独享「全岛海景」却没人敢住

拥有开阔视野的「海景房」在旅游时通常特别受人欢迎,但冰岛却有一栋乏人问津的海景房,并不是每个人都能忍受得了的。

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nedim Mohon Bantuan Netizen!

Beliau mahu menyampaikan hasrat untuk membantu merawat kos perubatan anak Danial Rayyan yang menghadapi ekzema kritikal.

Featured Tue, 7 Feb 2023

Cekal Hadapi Makian Netizen, Fyna Jebat Sedang Perbaiki Diri – “Suami Memang Beri…”

Okay guys Fyna sedang perbaiki diri.. Jangan terus mengecam ok! Doakan buat kebahagiaan rumah tangga Fyna & suaminya 🤩😌☺️

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Lizzy Mengaku Cepat Bosan Dengan Lelaki?

Mungkin belum bertemu jodoh yang sesuai kot Lizzy!

Trending Fri, 20 Nov 2020
Featured Mon, 22 Jun 2026

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

error: Content is protected !!