“Siapa Mawar?” – Teaser Melur Untuk Firdaus 2 Buat Netizen Naik Darah!

Drama Melur Untuk Firdaus yang dilakonkan oleh Anna Jobling dan Meerqeen pernah mencetus fenomena kini bakal kembali dengan musim kedua.

Menerusi perkongsian di Instagram @dramasangat, teaser yang menampilkan watak baru yang dimainkan oleh pelakon Eyka Farhana sebagai Mawar mendapat pelbagai reaksi.

Di dalam teaser tersebut, watak Firdaus yang dibawakan oleh Meerqeen dilihat mesra dengan Mawar dengan memberikan bunga dan menyarungkan blazernya.

Malah, pertanyaan yang ditanyakan oleh watak Melur juga membuatkan ramai ikut emosi.

“Siapa Mawar?,” ujar Melur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan marah terhadap perbuatan Firdaus tersebut.

“Firdaus Iskandar! Jangan buat hal eh.

“Bikin naik darah ni drama.

“Eh tak serik eh si Firdaus ni,” komen netizen.

Maya Basir