[VIDEO] Tom Teruja Fuad Ajar Solat, Netizen Doa Moga Berkekalan – “Jangan Nilai Hanya Dari Luaran”

Pasangan selebriti, Fuad Rahman dan Tom mencuri perhatian selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Tom meluahkan rasa teruja kerana suaminya itu berjanji akan membimbing dan mengajarnya untuk menunaikan solat.

“Yeay, lepas ni Tom kena ikut dia solat.. nanti dia ajar. Hari ni kita ambik video dulu la, dah bersih suci nanti kita follow belakang,” tulisnya dalam video berkeaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdoa semoga pasangan ini akan berkekalan.

Dalam pada itu, segelintir daripada netizen memohon orang lain untuk berhenti mengecam dan menilai hanya dari luaran mereka sahaja.

“Walaupun badan penuh tatu, bagus Fuad tunaikan solat. Sama sama bimbing.. moga ini perkahwinan terakhir,” tulis netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 163,000 tontonan, 4,000 tanda suka dan 248 komen.

Sekadar info, Fuad dan Tom selamat mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Artikel Berkaitan: “Jika Nikah Di Sini Banyak Benda Kena Selesaikan” – Fuad Rahman & Tom Selamat Berkahwin Di Indonesia

Aqilah Paharuzi