“Bunga Tu Daripada…” – Didakwa Get Back Dengan Bekas Tunang, Ini Penjelasan Zarina Anjoulie

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil memberi penjelasan mengenai foto bunga dan cincin yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok story, Zarina atau Anju mengatakan dakwaan tentang dirinya dan bekas tunang kembali menyulam cinta adalah tidak benar.

“Saya nak clearkan something sebab benda ni dah viral cakap Anju dah get back dengan bekas tunang adalah tidak benar.

“Semalam Anju ada post gambar cincin dengan bunga. Bunga tu daripada orang lain, bukan daripada dia.

“Walaupun saya dengan bekas tunang masih berkawan, dia pun baik layan Anju sebagai kawan dan saya gembira our friendship is okay dan takde gaduh-gaduh,” ujarnya.

Pada masa sama, Anju menyatakan mereka berdua sudah membuat keputusan untuk berkawan dan dia mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.

“Dah putus tak bermakna kena musuh tapi tak bermaksud juga kena get back jugak betul tak? Yang penting kami berdua dah move on dan happy dengan decision kami untuk stay berkawan.

“And i wish nothing but the best for my ex fiancé hopefully he will find someone better one day Insya-Allah. Anju sentiasa akan doakan yang terbaik buat dia, anak-anak dia and family dia,” jelasnya.

Maya Basir