Categories: HiburanSelebriti

SIAPA RATU BAKAL HOS RANCANGAN POPULAR?

Pagi-pagi tadi sambil Miss Oo duduk bersantai sambil scroll instagram artis, datanglah kawan Miss Oo ni membawa perkhabaran, kononnya artis media sosial yang viral tu nak dijadikan Ratu program terhangat di Malaysia. Tapi, Miss Oo tak tahulah pula program tu program apa. Miss Oo cuba juga korek dengan kawan Miss Oo, si Joyah tu tapi biasalah budak nerd kan? Di katanya Miss Oo lagi senang nak dapatkan jawapan.

Siapa artis media sosial yang nak dijadikan Ratu tu? Haa.. Sebelum Miss Oo teruskan lagi, biar Miss Oo bagi hint sikit kat korang, ingat lagi tak kontroversi mengenai kononnya Ratu tu banyak sangat isu sejak beberapa bulan ni? Tapi, semestinya dia bukan Fathia Latiff tau! 

Kalau nama pun Ratu, dia mestilah seorang yang cantik, kulit mulus, putih gebu, pinggang kerengga dan semestinya kaya! Yang paling penting boyfriend Ratu kita ni handsome dan sado. Kau hado?

Kaya? Of course lah kaya! Kalau nak cerita pasal aset Ratu ni, memang tak habis sampai 7 keturunan lah dik. Ratu kita ni banyak business tau. Sebut je nak apa, nak bengkung? Nak emas? Ke, nak jadi jiran Dato Aliff Syukri pun jadi lahhh. 

Apapun, kita tunggu jelah program Ratu kita ni okay! Yang penting, uolss kerja jangan nak mengata! 

Ms OO