FARID KAMIL DEDAH TIGA RAKAN ARTIS TERLIBAT KES DADAH BELIAU?

Sekali lagi Datuk Farid Kamil tampil dengan laporan polis selepas mendakwa dirinya itu telah dianiaya oleh tiga rakan artis kerana memasukkan dadah ke dalam minuman beliau sehigga menyebabkan dirinya itu bertindak ganas pada bulan lalu.

Farid Kamil turut memberikan sedikit gambaran mengenai rakan artis yang bertanggungjawab dalam kes beliau, antara ketiga-tiga rakan artis tersebut terdiri daripada, pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu R&B pada tahun 1990an dan seorang lagi pelakon.

Tambahnya lagi, beliau bukan sahaja diberikan minuman yang mengandungi bahan terlarang tersebut, malah turut diberikan rokok yang bersalut sejenis cecair.

Menurut Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan bahawa, Datuk Farid Kamil telah membuat laporan rasmi berhubung keadaan beliau sehinga menyebabkan dirinya itu bertindak ganas pada 31 Januari 2018.

“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan”

Termasuklah laporan mengenai rasa tidak puas hati beliau terhadap layanan yang diberikan oleh pihak polis dan turut menamakan nama pegawai yang terlibat sehingga menyebabkan dirinya itu mengalami kecederaan, serta mempersoalkan bagaimana gambar beliau tular dilaman sosial semasa penahannya. 

Apapun, segalanya bakal terjawab. Siapakah gerangan artis yang bertanggungjawab dalam kes Farid ini juga bakal diketahui umum. Yang penting, diharapkan kes ini berjalan dengan lancar.

Salma Syahbuddin