Featured By: Khairil Khusyairi May 10, 2023 @ 8:31pm

“Siapa Sahaja Nak Kahwin Tapi Cerai-Berai” – A. Aida Reda Dengan Jodoh Allah, Selesa Hidup ‘Single’

“Tak ada masa lah nak cari pasangan buat masa ini,”

Demikian respons penerbit, Datuk A. Aida apabila disoal adakah dia mahu membuka pintu hatinya semula untuk mencari pasangan hidup selepas berdepan episod gagal dalam perkahwinan.

Sebaliknya Aida mengakui bahagia hidup bersendirian kerana mempunyai komitmen.

“Saya sebenarnya buat masa sekarang ini tak fikir langsung lagilah.

“Sekarang ini saya ‘i’m happy being single’ Itu sahaja. Sebab saya wanita bekerjaya, sibuk dengan macam-macam perkara. Jadual saya juga agak padat,” katanya.

Tambah Aida, dia mendedahkan ramai jejaka yang mendekati namun hatinya belum terbuka lagi. Aida turut cemburu melihat kebahagiaan yang dikecapi rakan dan adik-adik bersama suami.

“Ramai yang mendekati tapi buat masa ini hati saya belum terbuka lagi, kadang-kadang bila saya tengok kawan-kawan, adik saya bahagia bersama suami dia, saya sedih jugak lah.

“Saya teringat kata-kata mak saya, dia kata ‘Tuhan bagi segala-galanya pada saya tapi kalau suami Allah belum bagi lagi’ begitulah.

“Saya cemburu tengok adik-adik saya walaupun mereka tak kerja besar tapi hidup bahagia. Macam saya ini, saya ada semuanya tapi Tuhan belum bagi suami untuk bimbing saya,” luahnya sebak.

Dalam pada itu, Aida turut menitipkan pesanan kepada anak sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga kelak.

“Bagi saya, jodoh dan ajal di tangan Allah. Siapa saja nak kahwin tapi cerai-berai. Macam saya, orang selalu tanya ‘kau ni asyik kahwin cerai’. Ada ke orang nak begitu?

“Semestinya kita kalau nak bernikah pasti nak bahagia till Jannah tapi Tuhan dah tulis semuanya, nak buat macam mana. Kita sedaya upaya mempertahankan, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

“Sebagai seorang wanita, kena buat yang terbaik untuk suami, jaga makan minum,” titip Aida.

Untuk rekod, A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 namun bercerai pada 2003.

Kemudian, Aida turut berkahwin dengan anggota polis dan memilih jalan bercerai.

Aida juga pernah berkahwin dengan pelakon Ariff Aziz namun jodoh mereka tak panjang.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jul 2019

Pemandu Bas Meninggal Bawa Penumpang Ke Pulau Pinang

Maut memang tidak kenal masa dalam perjalanan pun boleh meninggal

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Kenapa Gelar Kafir, Kan Itu Sensitif

“Kalau Ya Pun Marah, Janganlah Sampai Panggil Saya Kafir”

Featured Sun, 4 Sep 2022

Uyaina & Raja Syahiran Tak Sabar Tunggu Kelahiran Bayi Sulung

Wah!! Semoga dipermudahkan urusan buat Uyaina dan Syahiran.

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Kepada korang yang nak tahu tempat-tempat menarik di negara matahari terbit ni bolehlah tengok JJMA nanti ya!

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Aktor Glee Ditemui Mati Gantung Diri

Kematian Mark Salling memeranjatkan dimana pelakon ini ditemui mati dengan menggantung diri, awal pagi semalam.

Events Tue, 12 Mar 2019

’Nak Nampak Serasi Dalam Drama Tak Perlulah Sampai…’- Ayda Jebat

Jangan lupa saksikan drama Asalkan Dia Bahagia bermula jam 7 malam setiap Isnin-Khamis hanya di TV3!