Sibuk Dengan Karier, Zizi Kirana Akui Bakal Kahwin Lambat Lagi?

“Saya rasa macam lambat lagi.” Itulah jawapan yang keluar dari mulut penyanyi Nak Ke Tak Nak bila diajukan soalan mengenai jodohnya.

Menurut Zizi, belaiu masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

” Saya kini sibuk dengan karier nyanyian, tidak lama lagi saya akan menceburi bidang perniagaan. Dan pastinya kesibukan lebih bertambah. Bila sibuk semestinya saya akan fokus terhadap apa yang saya sedang lakukan.” 

” Bercakap mengenai perkahwinan, saya seperti sudah nampak masa depan saya, saya rasa lambat lagi nak kahwin.” Katanya.

Zizi juga kini sedang sibuk mempromosikan single terbaru hasil kolaborasi bersama Altimet berjudul Pendekar Kata.

 

Apapun, yang penting lagu-lagu Zizi begitu dekat dihati peminat. Betul tak?
Salma Syahbuddin