Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2023 @ 12:34pm

Single Kedua Masih Dapat Sentuhan Mark Adam, Penyanyi Cilik Angelica Petra Kini Muncul Dengan Detik

Pada tahun 2021, penyanyi cilik Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster.

Menariknya, Angelica berpeluang berduet dengan guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam yang juga pencipta lagu tersebut.

Kini, setelah dua tahun Angelica kembali muncul semula dengan single kedua berjudul Detik.

Masih lagi mendapat sentuhan Mark, penyanyi itu mengakui Angelica merupakan seorang anak murid yang mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang nyanyian.

“Ketika mengajarnya, saya melihat kelebihan Angelica menyanyikan beberapa genre lagu di dalam kelas.

“Malah, dia merupakan pelajar yang sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai lagu Detik, Mark menjelaskan ia dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021, di mana ketika itu semua orang terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk keluar.

“Ketika PKP berlaku, ada yang berjauhan dengan ibu bapa, saudara-mara, suami atau isteri dan juga rakan-rakan sehingga akhirnya tercetuslah idea untuk saya menghasilkan lagu Detik.

“Lagu ini menceritakan tentang sebuah kisah persahabatan yang saling berjauhan dan timbul perasaan rindu. Apa yang ada ketika itu adalah sebuah memori dan kenangan bersama mereka,” jelasnya.

Menurut Mark, antara keistimewaan lagu ini adalah pada lirik dan melodi, di mana ia akan membuatkan seorang akan mengalami perasaan rindu terhadap seseorang.

Dalam pada itu, Mark juga mengakui terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk sesi rakaman lagu ini bersama Angelica.

“Cabarannya adalah ketikan sesi rakaman dibuat semasa PKP. Jadi Angelica sendiri terpaksa belajar dengan beberapa cara sama ada online ataupun offline untuk untuk menghasilkan lagu ini.

“Selain itu, Angelica juga ketika itu perlu belajar genre yang baru untuk dirinya iaitu Pop Standard,” jelasnya.

Sementara itu, Angelica juga sangat bertuah memandangkan ibunya sendiri iaitu Datuk Rosmarayu Mokhtar yang juga merupakan pemilik syarikat D’Ayu Muzik merupakan individu paling kuat menyokong pembabitannya dalam bidang seni suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Cilik Angelica Petra & Mark Adam Tampil Dengan Lagu ‘Selamanya Bersama’
Menurut wanita yang mesra disapa Ayu itu, dia sememangnya gembira melihat perkembangan anaknya itu yang semakin matang serta gigih mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi.

“Pengalaman pertamanya menerusi lagu Selamanya Bersama ketika usianya baru Sembilan tahun telah benar-benar memberi kesan positif terhadap minatnya dengan dunia nyanyian.

“Kini pada usianya yang telah mencecah 11 tahun, saya percaya anak saya ini semakin matang serta semakin faham dengan dunia nyanyian,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, ketika ini Angelica bernaung di bawah syarikat rakaman D’Ayu Muzik yang juga telah pun menyusun jadual muzik tanpa mengganggu jadual persekolahannya.

Ujarnya, pemilihan lagu kedua ini adalah hasil daripada kesepakatan unit Artis dan Repertoir (A&R) D’Ayu Muzik yang mempunyai perancangan tersendiri terhadap Angelica.

“Saya dipanggil oleh A&R Manager D’Ayu Muzik yang menyatakan bahawa pihak pengurusan akan keluarkan single kedua Angel.

“Setelah mendengar demo lagu Detik, saya terus bersetuju dengan lagu tersebut yang kebetulan lebih dekat dengan Angel yang sedang rindukan sahabat karibnya” ujarnya.

Jelasnya, ketika ini pelancaran lagu berkenaan sudah memasuki fasa terakhir dengan segala persediaan telah dibuat, termasuk dengan muzik video yang sudah disiapkan sepenuhnya.

Untuk makluman, lagu Detik sudah dilancarkan pada 30 Jun lalu di semua platform digital streaming bersama Muzik Video di YouTube Channel D’Ayu Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Misteri Kematian Sridevi!

Berikutan hasil penyiasatan terbaharu itu, polis Dubai memanggil suami Sridevi, Boney Kapoor untuk siasatan lanjut tetapi dibenarkan pulang sebaik soal siasat selesai.

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Shahidan Izwan Akur Rezeki Lakonan Semakin Perlahan, Kini Fokus Jana Pendapatan Sendiri

Pelakon Shahidan Izwan mengakui perjalanan karier lakonannya semakin perlahan sejak mendirikan rumah tangga, meskipun masih aktif mencari peluang dalam industri seni. Menurut Shahidan, dia tidak pernah meletakkan bayaran tinggi atau bersikap cerewet terhadap tawaran lakonan, […]

Events Mon, 6 May 2019

New Science & Space Programme at KidZania KL Brings Forth More Educational Fun

The Science & Space programme is specially designed to arouse and engage the curiosity of young and inquisitive minds through interactive activities and experiments.

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Munafik 2 Bakal Saingi Kutipan Hantu Kak Limah?

Pihak Skop Productions turut positif dalam jumlah kutipan memandangkan kutipan filem Hantu Kak Limah berjaya mencecah sehingga RM 32 juta.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

吉隆坡电视剧节增中文奖项!快来给你喜欢的剧投票~

第6届《吉隆坡电视剧节》颁奖典礼新增最受欢迎中文电视剧奖项!

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

2019《中国新说唱》全球选拔赛!马来西亚预选赛420举行

第二季《中国新说唱》2019全球选拔赛!马来西亚预选赛4月20日,,招揽大马说唱爱好者参与其盛!

Events Thu, 2 May 2019
error: Content is protected !!