Categories: HiburanSelebriti

Siti Elizad Masih Bahagia?

Pelakon yang popular menerusi drama Cinta Tanpa Henti yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 ini mengakui, jarang sekali berkongsi tentang kehidupan peribadi terutama sekali bersama suaminya di laman sosial. Namun bagi Elizad, itu tidak bermakna kehidupan beliau bersama suami sedang bergolak.

Bagi Elizad, 35,  memadai sekiranya peminat mengenali dirinya berdasarkan bakat lakonan dan bukan kerana kehidupan peribadinya.

” Suami saya tidak mempunyai masalah apabila saya jarang berkongsi gambar berdua di laman sosial. Tiada guna berpura-pura happy kerana mahu menggembirakan hati orang lain, sedangkan apa yang dilalui tidak sama seperti apa yang dipamerkan menerusi laman sosial”

” Bagi saya, cukuplah bahagia itu hanya dan suami yang tahu. Dan bukan hanya berkongsi gambar berdua di laman sosial menjadi pengukur rumah tangga seseorang bahagia atau tidak.” Katanya

Sumber : Instagram @elizadsharifuddin

Tambahnya lagi, beliau mengakui ramai netizen diluar sana yang sedang berteka teki tentang status rumahtangga beliau namun, ianya sedikit pun tidak menjadi masalah kerana malas mahu dikritik atau menjadi bahan bualan netizen terutamanya apabila melibatkan rumahtangga dan keluarga.

Jadi buat netizen di luar sana, ini adalah salah satu sebab kenapa artis kesayangan korang lebih suka berahsia daripada menghebohkan benda-benda yang tidak sepatutnya,lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal peribadi. Yelah, artis pun manusia juga, mereka pun mahukan privasi mereka sendiri. So, kita hormat saja keputusan yang diambil Elizad okay! 

Salma Syahbuddin