Siti Nurhaliza Habiskan Ramadan Di Makkah – “Saya Nak Lepaskan Rindu, Tunaikan Hajat Saya”

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengambil berkat hari-hari terakhir Ramadan tahun ini apabila berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menurut Siti, dia akan berada di Tanah Suci hanya beberapa hari sahaja dan tetap akan pulang ke tanah air bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

“Saya pergi sekejap sahaja. Saya bertolak pada 14 April dan pulang ke Malaysia pada 19 April.

“Saya nak lepaskan rindu, tunaikan hajat saya. Sememangnya niat saya setiap tahun kalau tak ada halangan dan rintangan saya memang nak pergi setiap hujung ramadan iaitu 10 malam akhir ramadan.

“Bila saya buat keputusan ini saya juga sangat sibuk, hati saya ibarat memanggil-manggil. Mungkin saya dipanggil untuk menjadi tetamu Allah dan Allah permudahkan segalanya, Alhamdulillah,” katanya.

Siti ketika menunaikan ibadah umrah pada tahun lalu.

Dalam pada itu, disoal mengenai doa-doa yang diamalkan, Siti memohon segala doa dan hajatnya dimakbulkan tuhan Yang Maha Esa.

“Saya rasa doa yang saya sentiasa amalkan adalah sentiasa diberi keampunan, keimanan saya dikuatkan lagi, semoga saya sentiasa perbaiki kelemahan dan kekurangan diri.

“Doakan kebahagiaan dan juga anak-anak saya, yang penting Allah lindungi dan beri rezeki supaya saya dapat bantu orang lain lagi, jangan jadikan saya orang yang tak bolh memberi kepada orang lain.

“Untuk seluruh umat Islam juga diberikan keampunan dan keberkatan,” kongsinya.

Sumber: Media Hiburan

Khairil Khusyairi