Siti Nurhaliza, Hijjaz Gabung Pentas Di Karnival Mahabbah 1.0

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal berkoloborasi dengan kumpulan Hijjaz dalam persembahan majlis makan amal karnival Mahabbah anjuran Masjid Muhibbuddin Shah atau dikenali sebagai Masjid Hospital pada 24 sehingga 28 April depan.

Beliau ketika ditemui di majlis sidang media hari ini memberitahu cukup teruja menyertai program keagamaan dalam usaha mengimarahankan masjid.

” Saya menyambut baik jemputan yang diberikan untuk menyertai program sebegini. Insya Allah jika diizinkanNya saya akan menyampaikan lagu-lagu pop yang sarat dengan mesej Ketuhanan dan kerohanian sesuai dengan suasana majlis.

” Saya juga tidak keberatan untuk berduet dengan kumpulan Hijjaz yang turut serta dalam program amal ini. Kami juga pernah berduet dalam sebuah projek khas sedikit masa dulu. Insha Allah kami akan bincang untuk bentuk persembahan yang akan dibawakan bersama,” ujarnya.

Majlis makan malam amal Karnival Mahabbah ini diadakah untuk mengumpul dana khusus untuk pengimarahan program masjid pada bulan Ramadan antaranya program iftar, moreh, sumbangan untuk anak yatim, bantuan asnaf fakir miskin, penambahbaikan homestay dan penyelenggaraan barangan Kufya Band.

Acara ini akan diadakan pada 24 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh selaku penaja. Pembelian meja dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

Pentadbiran masjid menyeru mana-mana individu atau korporat yang ingin menaja meja amal boleh menghubungi pihak penganjur 013- 4866153 atau pejabat 05-264 1404. Terhad kepada 90 meja sahaja. 

SGMS Faida