#SkoolXTRA By: Khairil Khusyairi April 11, 2023 @ 11:02pm

#SkoolXTRA Rizal Rasid Kenang Kembali Momen Ketika Di Sekolah Brunei Dulu! – “Saya Selalu Tidur Waktu Subjek…”

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan penyanyi kacak, Rizal Rasid yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Rizal dulu seorang pelajar di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Brunei Darussalam! Sebab Rizal memang asal Brunei tau!

Jom kita throwback balik momen-momen Rizal dulu. Sekolah dekat Brunei agak-agak sama tak dengan di Malaysia?

Pernah Jadi Pembimbing Rakan Sebaya

“Basically tugas saya adalah saya akan tengok sahsiah-sahsiah pelajar dekat sekolah. Kalau ada benda tak kena, saya akan tegurlah. Kiranya saya dapat keistimewaan dekat situ lah. Bukan buli tau!

“Saya sokongan moral lah kepada kawan-kawan.

Selalu Tidur Dalam Kelas Matematik

“Saya selalu tidur waktu subjek ini sahaja. Sebab saya tak suka kira-kira, saya tak suka nombor!

“Jadi kalau peperiksaan, keputusan matematik saya sangat lemah. Saya tak dapat markah pun hahaha.

“Jangan ikut tau…itu momen yangi saya paling ingat sampai sekarang sebab kalau jumpa cikgu Matematik mesti mereka akan ingat saya.

Kena Kejar Lembu Nak Ke Sekolah

“Rumah saya dengan sekolah agak jauh. Kalau mak ayah saya nak hantar pun memang jauh. Saya dengan adik-adik lain naik bas sahaja ke sekolah.

“Pernah sekali tu, saya dengan kawan-kawan kena kejar dengan lembu sebab nak jalan pergi ke jalan besar. Itulah kenangan yang saya tak dapat lupa!

Haa macam mana momen-momen Rizal time sekolah dulu? Pasti ramai juga yang tidur waktu kelas Matematik kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Feb 2022
Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Featured Thu, 23 Apr 2020
Acara Fri, 10 Feb 2023
Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Cincin Tunang Punya Pasal, Bieber Sanggup ‘Turun Padang’

Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya. Untung Hailey Baldwin dapat tunang yang super romantik!

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

| Live TV