“Slow Sikit” – Ratu Farah Nyanyi Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri, Ini Respons Syamel

Pempengaruh Tik Tok, Ratu Farah kembali mencuri perhatian netizen kerana menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri disamping penyanyi Syamel.

Ratu dengan yakin menyanyikan lagu itu seolah-olah cuba menandingi kelunakan suara Ernie Zakri tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu di sekeliling mereka.

@ratufarahdiva bila ratu nyanyi #kubersuara dpn suami ernie .,.. terserempak sbb beliau ada shooting #hidupduda #ratudivadugem #teamratudiva ♬ original sound – IG @ratu__tv

Menerusi video berdurasi 10 saat yang dikongsikan di akaun TikTok, Syamel memberikan reaksi terkejut mendengar Ratu menyanyikan lagu isterinya.

“Slow sikit Ratu,” ucap Syamel.

Bukan itu sahaja, lebih mencuit hati apabila terdapat suara wanita yang sedang ketawa ketika video itu dirakamkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi Syamel yang ‘terpaksa’ mendengar lagu isterinya dinyanyikan oleh Ratu dan netizen juga bergurau suara Ratu lebih sedap jika tidak menyanyi.

“Tak payah bersuaralah Ratu, memang memberi derita,” tulis seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 304,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda sukaPempengaruh Tik Tok, Ratu Farah kembali mencuri perhatian netizen kerana menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri disamping penyanyi Syamel.

Ratu dengan yakin menyanyikan lagu itu seolah-olah cuba menandingi kelunakan suara Ernie Zakri tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu di sekeliling mereka.

Menerusi video berdurasi 10 saat yang dikongsikan di akaun TikTok, Syamel memberikan reaksi terkejut mendengar Ratu menyanyikan lagu isterinya.

“Slow sikit Ratu,” ucap Syamel.

Bukan itu sahaja, lebih mencuit hati apabila terdapat suara wanita yang sedang ketawa ketika video itu dirakamkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi Syamel yang ‘terpaksa’ mendengar lagu isterinya dinyanyikan oleh Ratu dan netizen juga bergurau suara Ratu lebih sedap jika tidak menyanyi.

“Tak payah bersuaralah Ratu, memang memberi derita,” tulis seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 304,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka

Halimey Zamal