“Sama Cantik Sama Padan!” – Keserasian Iqbal Zulkefli & Wafariena Curi Tumpuan Netizen

Sudah sekian lama tidak mendengar khabar mengenai usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli di laman sosial.

Sebelum ini sering menjadi bualan warganet gara-gara kontroversi percintaannya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

Kini, dia kembali dengan memuat naik satu perkongsian baru di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Menerusi hantaran itu, Iqbal berkongsi beberapa gambar bersama pelakon Wafariena yang dipercayai digandingkan bersama di dalam sebuah telemovie Pok Yie.

“Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi reaksi positif dimana mereka menganggap kedua-dua selebriti itu kelihatan serasi dan sepadan untuk menjadi sebuah pasangan.

Malah, ada juga segelintir yang mendoakan agar mereka berdua berjodohan oleh kerana keserasian bersama.

“Sama cantik sama padan. Semoga berjodoh,” komen salah seorang netizen.

Dharnieya Nur Amelsa