“So Many Sotong Terdampar Here, Nanti Kena Ketumbit Mata”- Noorkhiriah Nasihatkan Anak Gara-Gara Melihat…

Pelakon dan pelawak terkenal, Noorkhiriah menasihati anak lelakinya supaya menjaga batas penglihatan.

Lebih menghiburkan, Khiriah dengan selamba menyamakan wanita asing sebagai seekor sotong yang sedang terdampar di persisiran pantai.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Instagram, anak lelakinya umpama keliru tidak memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Khiriah.

“So many sotong terdampar here baby!

“Abang tengok depan abang tu apa? abang pandang kiri, abang pandang kanan.

“Nampak tak wanita-wanita? abang jangan pandang sangat nanti kena ketumbit mata!” ucap Khiriah

Namun lebih mencuit hati apabila anaknya itu seolah-olah tidak memahami Khiriah yang cuba berkias dengan tidak mengatakan maksud yang sebenar.

“Apa maksud sotong terdampar? wanita asing?” kata anak lelaki Khiriah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi Khiriah dan ada juga yang kasihan akan anaknya yang cuba memahami maksud sebenar bahasa kiasan ibunya itu.

“Tak faham anak bujang cari sotong terdampar, susah mama nak terangkan,” tulis seorang netizen.

Halimey Zamal