“Meremang Tengok Kak Ja Hidupkan Sunnah Nabi…” – Serlah Bakat Memanah Dan Menunggang Kuda, Heliza & Hazwani Buat Netizen Kagum

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang sedang memanah sambil menunggang kuda.

Video berdurasi 40 saat yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai @ecah itu mendapat pelbagai respons positif dalam kalangan warganet.

Bahkan, ramai yang berasa teruja dan kagum dengan bakat dan kemahiran yang dimiliki pasangan adik-beradik ini, apatah lagi kedua-duanya saling menghidupkan sunnah dan ajaran Nabi.

Sehingga kini, video tersebut telahpun ditonton lebih 1 juta tontonan dengan meraih lebih 100,000 komen.

@aeeeeshah dua beradik yg masyaallahtabarakallah, semoga sentiasa memberi inspirasi buat orang ramai💪🏻❤️ #sunnah #berkudamemanah #fyp #helizahelmi #hazwanihelmi ♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet melabel pasangan selebriti ini sebagai contoh yang baik buat generasi anak muda pada hari ini.

Ini kerana, mereka bukan sahaja sentiasa berhijad ke jalan Allah malah, tetap istiqamah dalam menutup aurat meskipun melakukan aktiviti lasak.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang sedang memanah sambil menunggang kuda.

Video berdurasi 40 saat yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai @ecah itu mendapat pelbagai respons positif dalam kalangan warganet.

Bahkan, ramai yang berasa teruja dan kagum dengan bakat dan kemahiran yang dimiliki pasangan adik-beradik ini, apatah lagi kedua-duanya saling menghidupkan sunnah dan ajaran Nabi.

Sehingga kini, video tersebut telahpun ditonton lebih 1 juta tontonan dengan meraih lebih 100,000 komen.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet melabel pasangan selebriti ini sebagai contoh yang baik buat generasi anak muda pada hari ini.

Ini kerana, mereka bukan sahaja sentiasa berhijad ke jalan Allah malah, tetap istiqamah dalam menutup aurat meskipun melakukan aktiviti lasak.

Salma Syahbuddin