Bakal Lebarkan Sayap Di Korea, Ramai Peminat Bangga Dengan Pencapaian Daiyan Trisha

Sering mencipta nama dalam industri seni dengan mempertaruhkan bakat nyanyian dan lakonan, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamkan sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Daiyan di laman tiktoknya telah memaparkan perjalannya berjumpa dengan pihak produksi dari Korea Selatan, Asia Lab bagi penggambaran di sana.

@daiyantrisha22filming with a korean production for the first time 🫶🏻🇰🇷🫶🏻♬ original sound – Daiyan Trisha

Pelakon Filem Busker itu meluahkan rasa teruja dan gembira apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan pihak produksi buat kali pertama.

“Filming with a korean production for the first time,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bangga dengan pencapaian Daiyan yang berjaya melebarkan bakatnya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan tidak sabar untuk melihat projek baharu Daiyan bersama pelakon, Sean Lee yang dipercayai turut terlibat dalam pertemuan dengan pihak produksi di Korea Selatan.

Sering mencipta nama dalam industri seni dengan mempertaruhkan bakat nyanyian dan lakonan, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamkan sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Daiyan di laman tiktoknya telah memaparkan perjalannya berjumpa dengan pihak produksi dari Korea Selatan, Asia Lab bagi penggambaran di sana.

Pelakon Filem Busker itu meluahkan rasa teruja dan gembira apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan pihak produksi buat kali pertama.

“Filming with a korean production for the first time,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bangga dengan pencapaian Daiyan yang berjaya melebarkan bakatnya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan tidak sabar untuk melihat projek baharu Daiyan bersama pelakon, Sean Lee yang dipercayai turut terlibat dalam pertemuan dengan pihak produksi di Korea Selatan.

Dharnieya Nur Amelsa