Song Joong Ki Tinggalkan Agensinya Selepas 7 Tahun

Aktor terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki akhirnya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan agensinya selepas 7 tahun bersama.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Blossom Entertainment yang memberi kenyataan bahawa Joong Ki telah memutuskan untuk tidak lagi menyambung kontraknya yang bakal tamat hujung tahun ini.

 “Kontrak Joong Ki akan tamat pada akhir Disember ini dan kami menghormati keputusannya,” ujar wakil agensi Blossom Entertainment.

 

Sumber: www.soompi.com.my

Menurut Blossom Entertainment dalam kenyataannya kepada media, Joong Ki masih belum terikat dengan mana-mana agensi selepas dia mengesahkan agar tidak memperbaharui kontraknya bersama Blossom Entertainment.

Walau bagaimanapun, selepas berita mengenai perkara ini dihebahkan, banyak agensi-agensi lain yang cuba nasib melamar Joong Ki untuk menyertai mereka.

Terdahulu, Joong Ki yang popular menerusi drama “Descendants of The Sun” telah bersama Blossom Entertainment sejak Februari 2013.

Syafiqa Irdina