Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 5, 2023 @ 11:18am

Spill The Tea, Rosix Tak Sengaja Umum Nama GF Sharnaaz Ahmad Di TikTok Live? Claim Pernah Terlibat Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku

Sahabat karib kepada pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu Rosix sekali lagi mencuri perhatian apabila bersiaran secara live di TikToknya semalam.

Menerusi video tersebut, Rosix kelihatan membuat ‘Kitchen Tour’ di rumah Nabila sebelum secara spontan membuat kenyataan kononnya Sharnaaz Ahmad kini telahpun mempunyai kekasih yang dikenali sebagai Amelia.

Bahkan, perkara tersebut juga disahkan oleh Nabila sebelum meminta Rosix bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai hal tersebut kepada empunya badan.

“Selalu yang keluar dari mulut Rosix semuanya benar.

“Rahsia orang lain Rosix spill, rahsia Nabila tutup rapat.

“Rosix takut banyak lagi rahsia keluar malam ni,” komen netizen.

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir warganet mengatakan Amelia pernah terlibat dalam drama popular TV3, 7 Hari Mencintaimu musim kedua.

“Girlfriend Mamu pernah berlakon cerita 7 Hari Mencintaimu 2,” komen netizen.

 

Tidak mahu terus ditanya oleh pengikutnya mengenai hal tersebut, Rosix kemudian keluar dari bahagia dapur dan meneruskan ‘House Tour’ di bahagian ruang tamu rumah Nabila dan sekitar bilik Neelofa.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, para pengikut Rosix yang menonton live tersebut mendakwa sealan-akan terdengar suara Sharnaaz.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut ditepis Rosix apabila memaklumkan tentang keberadaan sebenar lokasi Sharnaaz.

“Sharnaaz tak ada. Dia ada event Jakel harini.

“Bukan-bukan! Itu bukan suara Sharnaaz. Itu suara orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, ramai juga yang memaksa Rosix untuk kembali semula ke bahagian dapur semata-mata mahu melihat kelibat empunya suara, namun dia berkeras dan menyatakan dia mahu menjaga privasi sebelum meninggalkan siaran Live tersebut.

“Taknak, semua ni pandai tau! Tak boleh, habis Rosix nanti.

“Semua (penonton) ni bukan betul, nanti mStar, Ohbulan semua kata Rosix yang spill the tea. Tak nak aku,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video live tersebut bagaimanapun tidak dikongsikan semula oleh Rosix di platform berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Akhirnyaaaa, semoga semuanya dipermudah! Kita tunggu keputusan pihak berkuasa nanti 🤲🏻

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Juliana Evans Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Syukur Rezeki Keluarga Bertambah – “Tahun Ini Waktu Yang Tepat”

Juliana turut mengakui masih cuba membiasakan diri dengan hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

Hiburan Thu, 1 Aug 2024
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Pelakon Dan Penyanyi Popular Ini ‘Terlampau’ Bimbo Di FFM30?

Miss OO harap semuanya berjalan dengan baik tanpa perlu berlaku lagi kecacatan sebegini

Trending Wed, 15 Jul 2020

Dr Noor Hisham Minta Rakyat Malaysia Lakukan Perkara Ini…

Jangan Malas! Jangan Alpa! Patuhi SOP okay…

Hiburan Wed, 3 May 2023
Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

error: Content is protected !!