Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Penyanyi serba boleh, Stacy Anam mengaku berdebar untuk duduk di kerusi Mentor Milenia 2019.

Debaran itu makin terasa apabila berkongsi tanggungjawab bersama dengan suaminya, Akim Ahmad.

Akui Stacy lagi, dia sudah sedia untuk menurunkan segala ilmu tentang nyanyian selepas 11 tahun aktif dalam dunia seni.

“Saya yakin dan sedia berkongsi pengalaman yang ada. Kalau boleh, saya mahu mencari anak didik yang mempersembahan sesuatu yang segar untuk tatapan penonton.

“Kebolehan menari adalah bonus, apa yang penting dia memiliki vokal yang mantap,” katanya kepada Xtra.

Stacy ketika ditemui sidang media memperkenalkan bakal protege Mentor Milenia 2019 di Hilton Petaling Jaya memaklumkan dia mendapat ‘jodoh’ terbaik dalam musim kali ini.

“Bukan jodoh kahwin, maksud saya jodoh dipertemukan dengan protege yang bersemangat melakukan tugasan sehabis baik,” katanya.

Tambah Stacy, walaupun dia bergelar isteri kepada Akim yang merupakan Mentor pada musim ini, dia tidak akan berkongsi strategi.

“Kerja tetap kerja. Kami harus profesional dalam hal ini,” katanya.

Mentor Milenia bakal menyaksikan sekali lagi gandingan pengacara Shuk Sahar dan Elly Mazlein sebagai hos manakala Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet sebagai juri tetap.

Bakal bersiaran setiap Ahad pada pukul 9 malam, siapa agakya bergelar juara Mentor Milenia 2019? Jangan lupa tengok ok!

SGMS Faida