Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Dewan Sri Pentas 2 gamat malam tadi apabila salah seorang peserta lelaki yang datang menjalani ujibakat Mentor Milenia 2019 dipanggil sebagai salah seorang penyanyi jemputan.

Ini kerana suaranya saling tak tumpah dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza!

Baru sahaja berusia 17 tahun, ternyata bakat adik Muhammad Akif Danial bukan kaleng-kaleng ya! Akif yang menyanyikan lagu ‘Percayalah’ dari Siti membuat penonton bersorak kerana tidak percaya itu adalah suara sebenarnya. 

Lontaran suara Akif menerusi lagu ‘Cindai’ membuatkan pengacara Mentor Milenia, Elly dan Shuk ‘terkesima’. Maklumlah, rasa macam Tok Ti yang nyanyi depan mata tadi.

Buat pengetahuan umum, Akif  juga pernah menyertai rancangan realiti hiburan ‘I Can See Your Voice’ musim pertama tahun lalu pada umur 16 tahun. Hebat bukan? 

Sesiapa yang terlepas persembahan Akif malam tadi di atas pentor Mentor Milenia atau ingin menonton Mentor Milenia minggu ke-6, bolehlah layari laman YouTube TV3 Malaysia Official.

Kredit Foto: Instagram @tv3malaysia dan @officialakifdanial

Del14