Suara Makin Power, Fattah Amin Gembira Isterimewa Diterima Baik Pendengar

Siapa dah dengar single terbaru dari Fattah Amin? Lagu berjudul Isterimewa ciptaan Mel Imran itu turut mendapat pujian ramai.

Bukan saja kerana liriknya yang istimewa malah penghayatan Fattah ketika menyanyikan lagu tersebut juga amat baik sekali.

Fattah juga memaklumkan dia mengikuti kelas dengan guru vokal terkemuka, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi.

“ Sudah lama saya berguru dengan Cikgu Shafi. Hasilnya tidak nampak dalam masa singkat, sebaliknya ia memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

“ Syukur apabila ramai menerima lagu baharu saya. Pujian mereka menguatkan semangat saya untuk terus memberikan hasil terbaik,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Fattah bersyukur dengan kehadiran isteri dan para peminat yang tidak jemu memberikan sokongan selama ini.

“ Saya tidak melihat kritikan yang pernah dilemparkan terhadap kemampuannya sebelum ini sebagai pemusnah kerjaya,” katanya.

Isterimewa mengisahkan tentang luahan ikhlas isi hati seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri.

SGMS Faida