Hiburan By: SGMS Faida August 9, 2019 @ 10:19pm

Subhanallah…Alunan Suara Neelofa Mengaji Al-Quran Di Aplikasi Muslim Pro

Pengacara dan usahawan Neelofa mengumumkan kerjasama perdana beliau bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.

Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara Neelofa sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.

“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, Lofa akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang Lofa ada ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan laman Makna By Lofa dalam aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.

Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.

“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.

“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” katanya lagi.

Neelofa turut menambah, dia berasa sangat gembira kerana perjalanan mewujudkan Makna By Lofa dipermudahkan.

“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan. Saya berasa bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.

Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.

“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan oleh semua, insya-Allah,” ujarnya.

Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon.

Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata: “Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu. Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk dengan kerja,” katanya.

Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Haseul Diagnosed With Repetitive Anxiety Symptoms; LOOΠΔ To Continue As 11 For “#” Comeback Promotion

It’s concerning that many idols are suffering with such tragic illness.

Featured Tue, 1 Nov 2022

Lagu Baru Meer Nash Ditujukan Buat Bekas Kekasih

Penyanyi Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya, Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir. Lagu yang menampilkan […]

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Dia Tak Bersyukur’- A.Aida Kecewa Dengan Reza Hasbi

Tegas A.Aida, Reza sepatutnya bersyukur…

Featured Fri, 14 Oct 2022

Gambar Adik Disalah Guna, Individu Gesa Pihak Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Penjelasan – “Lepas 5 Tahun Jadi…”

Eh, betul ke ni? Katanya sampai sekarang masih tiada sebarang penjelasan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

Selebriti Wed, 11 Oct 2023
Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja